Perutusan Pengarah

 

 

 

Assalamualaikum , Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya

Selamat datang ke laman web Galeri Sultan Azlan Shah, satu paparan maklumat warisan dan sejarah kesultanan Perak untuk anda terokai.

Galeri Sultan Azlan Shah yang menyimpan , memelihara dan mempamerkan maklumat mengenai DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak yang ke-34 menyediakan maklumat yang lengkap dan bernilai sejarah yang tinggi.

Melayari laman ini akan membawa anda untuk mengenali dengan lebih dekat Baginda Tuanku serta sejarah kesultanan Perak yang bermula dari tahun 1528.

Laman ini memaparkan maklumat yang lengkap mengenai apa yang dipamerkan di GSAS termasuklah pemaparan bangunan yang mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi. Pihak kami juga sedang mengurus maklumat untuk boleh dilihat dan dicapai oleh anda mengikut MS ISO 9001: 2008 yang telah diterima.

Sudah semestinya di zaman dunia tanpa sempadan ini anda akan mendapat maklumat yang anda cari , tetapi, dengan melawat dan melihat sendiri Galeri yang telah mendapat Anugerah Pelancongan Malaysia sebagai tempat pelancongan terbaik ini , ia akan menjadi lebih bermakna.

Pihak kami akan sentiasa memaparkan maklumat terkini dengan berita-berita terbaru dan hebahan aktiviti. Pihak kami sedang menyiapkan bangunan baru sebagai komitmen pihak kami bagi menyediakan ruang pameran yang lebih interaktif untuk anda. Pastinya ruang pameran baru dengan ini akan menjadikan Galeri Sultan Azlan Shah ini salah satu tarikan utama pelancongan bagi Negeri Perak.

Kami juga amat mengalu-alukan sebarang komen serta pandangan dari anda bagi menambahbaik lagi laman ini untuk dapat memberikan yang terbaik untuk anda.

Selamat melayari laman web kami

Semoga kita berjumpa lagi

Assalamualaikum

 

Nor Janati Ibrahim

Pengarah

Lembaga Muzium Negeri Perak

 

 

 

 

 

 

 

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan ,
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Hubungi Kami

Telefon: +605 777 5362
Faks: +605 7774957

Emel: gsas@perak.gov.my

Waktu Lawatan

Sabtu - Khamis: 10.00am - 5.00pm
Jumaat:
10.00am - 12.15pm
Dibuka Semula 2.45pm - 5.00pm