Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Rasmi Galeri Sultan Azlan Shah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian +6057775362 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Berapakah usia Galeri Utama di Galeri Sultan Azlan Shah?

Galeri Sultan Azlan Shah, dulu dikenali sebagai Istana Ulu telah siap dibina oleh Sultan Perak ke-28, Almarhum Sultan Idris Mushidul ‘Adzam Shah I pada tahun 1903.Kini ia berusia 109 tahun.

Adakah pihak Galeri Sultan Azlan Shah menyediakan lawatan berpandu kepada pelawat? Jika ya, apakah prosedur yang perlu untuk mendapatkan khidmat tersebut.

Ya, pihak Galeri Sultan Azlan Shah menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu kepada pelawat. Pelawat perlu memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu seminggu sebelum lawatan kepada pihak pentadbiran.

Bilakah hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah?

Hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah adalah pada 16 April 1928.

Bilakah Galeri Sultan Azlan Shah boleh dikunjungi untuk lawatan?

Galeri Sultan Azlan Shah boleh dikunjungi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berapakah bayaran masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah?

Bayaran masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah adalah seperti berikut:-

Dewasa : RM 4.00

Warga Emas / IPT / Sekolah Menengah : RM 2.00

Sekolah Rendah : RM 1.00

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan ,
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Hubungi Kami

Telefon: +605 777 5362
Faks: +605 7774957

Emel: gsas@perak.gov.my

Waktu Lawatan

Sabtu - Khamis: 10.00am - 5.00pm
Jumaat:
10.00am - 12.15pm
Dibuka Semula 2.45pm - 5.00pm